Disoal tentang Ijazah palsu, MB Johor lari lintang pukang



KULAI - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian hanya ‘tersenyum’ ketika
diminta mengulas dakwaan memiliki ijazah palsu dari sebuah universiti
tempatan.

Beliau kemudiannya beredar meninggalkan Majlis Rumah Terbuka dan
Penyerahan Sumbangan Tahun Baru Cina 2019 di Dewan Serbaguna Taman
Putri, di sini, hari ini.

Osman menghadiri majlis tersebut bagi memenuhi jemputan Exco Kerajaan
Johor merangkap ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse.



Osman hadir Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baru
Cina 2019.
Osman hadir Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baru
Cina 2019.

Pihak media yang hadir sebelum itu menanti Osman di hadapan pintu dewan
berkenaan selepas dimaklumkan tiada sidang media diadakan.

Sebaik sahaja keluar dari dewan, media yang hadir mengajukan soalan
tersebut, namun tidak dijawab terus meninggalkan majlis.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan Menteri Besar Johor tidak
memiliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia seperti
tertera dalam biodata rasmi, yang sekali gus menghadirkan pertanyaan
netizen yang menggesa agar rakyat menyelidik latar belakang Osman yang
dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas PH menang di negeri ini.

Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive