SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pertuduhan ke atas
Siti Kasim berhubung kes menunjukkan jari tengah kepada hadirin ketika
wacana tentang Rang Undang-Undang 355 di Kompleks Karangkraf pada tahun
2016.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil
Ahmat berkata, setelah meneliti semula segala fakta dan keterangan,
pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan yang
dikeluarkan pada 18 April tahun lalu dibatalkan.
"Pada 10 Februari 2019 (semalam) kertas siasatan tersebut telah
dipanggil semula oleh Jabatan Peguam Negara, Putrajaya," katanya ringkas
kepada media.
Sebelum ini tarikh pendakwaan ke mahkamah telah ditetapkan pada hari ini
namun atas beberapa faktor terpaksa ditunda.
Pada April tahun lalu, polis menerima arahan daripada Jabatan Peguam
Negara untuk mendakwa Siti berkenaan kes itu.
Bagaimanapun polis terpaksa menangguhkan perkara itu kerana memberi
tumpuan kepada persediaan PRU14.
Dalam insiden pada September tiga tahun lalu Siti berang kerana diganggu
hadirin ketika bertanya soalan semasa wacana anjuran Sinar Harian dan
peguam itu membalas ejekan orang ramai terhadapnya dengan menunjukkan
isyarat lucah menggunakan jari tengah sejurus selepas menamatkan soalannya.
Sebelum itu Siti berdiri untuk bertanya kepada panel dengan
mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi
Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.
- SINAR HARIAN -
Ayo segera bergabung dengan kami di IONpk.org>:)
ReplyDeleteadd pin bb 58ab14f5
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
mampir di website ternama WWW.IONPK.ORG. :)