Itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh Bekas Perdana Menteri Ds Najib Razak di dalam posting Facebook beliau..
Kerajaan PH seolah-olah lebih melayan baik para kroni daripada rakyat susah yang memerlukan bantuan.. "Kroni berbaris di Putrajaya kamu senyum dan bantu. Ya lah #KroniPower." Sindir Najib..
Kerajaan PH dikatakan sampai hati kerana tidak memberi bantuan sara hidup dan elaun lain kepada Gadis OKU tersebut..Berikut adalah luahan daripada Bapa..
Ya Dia bujang..Dia OKU.. Tiada pekerjaan.
Bukan dia tak kerja tapi Akal dan fizikalnya tak membolehkan Dia untuk bekerja. HABIS TU DIA BUAT APA ?
DENGAN SIAPA DIA TINGGAL?
JAWAPANNYA: BIAR AKU YANG TANGGUNG..SEBAB DIA ANAK AKU.
Baru minggu lepas bercadang nak check akaun Dia..kot-kot ada duit BANTUAN SARA HIDUP untuk Dia seoerti yang diberi oleh kerajaan BARISAN NASIONAL Sebelum ini.
Dan hari , bila kami balik dari kedah, buka peti surat.. terdapat surat yang sama macam BRIM.. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut Aku..
" Alhamdulillah..lepas juga hajat nak beli keperluan untuk Dia..Hasil duit darinya..Almaklumlah umur pun dah nak masuk 22 Tahun..
Aku ambil surat naik keatas dan aku cakap dengan wife Aku " Waaaa , Bu akak dapat duit sara hidup".. langsung Aku ke toilet. Keluar dari toilet Mywife Aku cakap " Tak dapat laa Bah.. Akak kan bujang"...
Aku jadi diam sekejap.. Takpelah... Mungkin sekolah jenis kebangsaan Cina lebih memerlukan..lagipun duit tu duit kerajaan.
Ok anak Abah no problem..ko bujang tapi oku..setiap hari turun tangga naik tangga dari tingkat 3..berpapah...kekadang tergolek sekali dengan Ibu..
Tak siapa yang tahu..
Dengan tiada elaun Oku dan Elaun penjagaan Oku.. Kau tetap anak abah.
Nak harapkan wakil rakyat jumpa ko, entah bila..janji dah bertaun nak jengok kat rumah..haram berjengok..
Pejabat Yb depan rumah je pun..hihihi..mungkin sibuk banyak kerja..Atau pun mungkin Abah ko ni Ahli Umno..kelakor.. Ya Abah Ahli UMNO..
Sepanjang Dia hidup ditingkat 3 ni Geng Umno dah jengok.. Paklah pernah bagi bantuan.. DS Najib pun dah hulur bantuan tapi sejak kerajaan Pakatan Harapan memerintah..semua bantuan tak dapat.. Terimakasih kerajaan Negeri dan kerajaan pusat.. Terimakasih
Daripada Facebook - Razali Sahran
Berikut adalah antara komen-komen Netizen yang turut bersetuju dengan Ds Najib Razak dan majoriti cukup marah dengan penindasan dibuat oleh kerajaan PH terhadap golongan susah..
Persoalan sekarang adalah, adakah kerajaan PH akan terus bersombong dan menindas rakyat?
Adakah kumpulan tertentu dan golongan kaya sahaja layak mendapat manfaat daripada kerajaan?
Di mana peranan Datuk Seri Dr Wan Azizah selaku menteri bertanggungjawab menjaga portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan ???
saya suami isteri pemegang kad oku dan tidak bekerja tapi bantuan sara hidup basah tak dapat bagaimna keraajaan PH menilai kelatakan
ReplyDeletesaya suami isteri pemegang kad oku dan tidak bekerja tapi bantuan sara hidup basah tak dapat bagaimna keraajaan PH menilai kelatakan
ReplyDelete