PRK SEMENYIH: PKR DAN BERSATU BEREBUT LETAK CALON



KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Selangor Amirudin Shari meminta ahli parti itu menerima dengan hati
terbuka keputusan PH meletakkan calon Bersatu bertanding dalam PRK Dun
Semenyih.

"Saya rasa mereka (akar umbi) bukanlah kecewa sangat. Dalam pilihan raya
lepas pun (calon) ialah dari Bersatu.




"Mereka mungkin menyampaikan pandangan mereka dan semua pandangan itu
telah dinilai dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di sini
hari ini.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, Amirudin selaku Pengerusi PH Selangor
menyatakan terdapat suara di peringkat akar umbi yang mahukan kepimpinan
parti memilih calon daripada PKR bertanding dalam PRK DUN Semenyih.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata pihaknya tetap
berpegang kepada konsep muafakat dalam parti dan akan memberi sokongan
kepada mana-mana calon yang mewakili PH.

Terdahulu, Amirudin merasmikan program “Democracy Fest” yang bakal
berlangsung selama lima hari bermula 13 Februari di pusat membeli-belah
Publika di sini yang menjadi platform untuk membincangkan mengenai
demokrasi daripada pelbagai perspektif.

Kerusi Dun Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar
Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

Pada PRU-14, Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi dalam
pertandingan empat penjuru menewaskan S. Arutchelvan (Parti Sosialis
Malaysia), Johan Abdul Aziz (Barisan Nasional), dan Mad Shahmidur Mat
Kosim (Pas).

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian bersatu Hulu Langat memperoleh
23,428 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac sebagai tarikh PRK Dun
Semenyih manakala hari penamaan calon pada 16 Feb dan tarikh mengundi
awal pada 26 Februari. - Bernama

Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive