Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam, Nasharudin dipanggil beri keterangan, Ambiga belum dipanggil



SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz antara yang dipanggil bagi memberi keterangan mengenai dana RM90
juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.




Turut dipanggil Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas
Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Difahamkan mereka akan memberi keterangan di SPRM Kelantan dan Ibu
Pejabat SPRM, Putrajaya.

Semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian Operasi, Datuk Seri Azam
Baki mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kes
tersebut dan sedang mendapatkan beberapa dokumen yang berkaitan daripada
pihak bank.

Kes tersebut mendapat perhatian apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang menarik balik saman fitnah yang difailkan di Mahkamah Tinggi
di London pada 21 April 2017.

Saman itu dibuat ekoran pendedahan portal berita, Sarawak Report pada
Ogos 2017 yang mendakwa dana berjumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan
ke dalam akaun bank pimpinan atasan Pas bagi menarik sokongan mereka
terhadap Umno dan BN.

- SINAR HARIAN -
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive