JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pulai menegaskan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, perlu ada tanggungjawab mempertahankan dirinya dan nama parti berhubung dakwaan memiliki ijazah palsu.
Ketua
BERSATU Bahagian Pulai, Ya’cob Atan, berkata pihaknya menganggap isu
dakwaan itu sebagai fitnah dan laporan polis atau tindakan perundangan
perlu dibuat, bukan hanya berdiam diri.
“Kita
anggap ini (isu MB Johor miliki ijazah palsu) fitnah dan satu cara nak
menyekat fitnah adalah bersuara, buat laporan polis dan ambil tindakan
undang-undang, tidak boleh diam.
ARTIKEL BERKAITAN : Disoal tentang Ijazah palsu, MB Johor lari lintang pukang
“Kalau anda sedang memandu dan ditahan oleh polis, diminta mengemukakan lesen yang tiada pada diri anda pada ketika itu, apa perlu jawab? Ada lesen tapi tidak bawa. Satu hari saya akan tunjuk. Itu sebagai orang yang rasional dan tidak bergaduh dengan polis.
“Tapi
kalau saya diacukan dakwaan bahawa saya ini tipu, tentunya perkara yang
waras saya lakukan adalah itu tidak betul. Ini sijil saya, ini lesen
saya. Saya tidak berdiam diri,” katanya ketika ditemui pada program
Kempen Derma Darah di sini, hari ini.
Ya’cob berkata, parti perlu menangani perkara itu secara bersama dan berbincang termasuk pada peringkat pengurusan.
“Perlu
pertahankan diri dan maruah, begitu juga dalam politik, pertahankan
diri dan parti saya. Tiada sijil tidak mengapa, tiada ijazah tidak
mengapa. Tidak hina kita tiada itu, tiada gelaran Datuk Seri, tetapi
yang hina itu adalah perbuatan curang dan tidak jujur, yang menyebabkan
diri kita tidak boleh dipercayai.
“Saya
yang juga peguam sejak 1985 hingga kini, menawarkan khidmat percuma
kepada Menteri Besar untuk mempertahankan fitnah seperti ini,”
tambahnya.
Katanya, BERSATU Pulai mahu bersama-sama dengan Osman untuk membela nama baik Menteri Besar itu dan parti.
- BERITA HARIAN -
No comments:
Post a Comment