Nik Aziz lancar manifesto PRK DUN Semenyih



SEMENYIH - Calon PSM PRK DUN Semenyih Nik Aziz Afiq Abdul hari ini
melancarkan manifesto tujuh isu yang akan diperjuangkan apabila menang
pada PRK DUN Semenyih.

Nik Aziz berkata, manifesto itu antaranya perumahan mampu milik dan
pembangunan terancang.

"Semenyih sejak kebelakangan ini menjadi sebuah kawasan yang pesat
membangun.

"Lambakan perumahan mewah dengan harga tidak masuk akal dilihat masih
belum terjual," katanya.

Beliau berkata, generasi muda di Semenyih tidak mampu untuk membeli
rumah mewah yang bernilai RM300,000 hingga RM600,000.



"Mereka terpaksa menyewa rumah untuk terus mendiami di Semenyih," katanya.

Menurutnya, PSM akan menggesa pihak berwajib mengawal harga rumah dengan
mengetatkan syarat buat pemaju sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

"Kita akan memperkenalkan had kuota rumah mewah untuk satu kawasan,"
katanya.

Nik Aziz berkata, PSM juga akan berkempen mendesak projek kos rendah
dikembalikan semula.

"Setiap perumahan mesti memiliki satu fasa untuk rumah kos rendah dan
sederhana," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati lot perniagaan di Semenyih dipercayai
dibolot oleh orang luar.

"Setiap kawasan perumahan juga harus mempunyai kuota 30 peratus
pemilikan lesen perniagaan untuk orang tempatan," katanya.

Antara manifesto Nik Aziz adalah meningkatkan kemudahan kesihatan
seiring pertambahan penduduk, tambah pengangkutan awam/tolak tol yang
membebankan.

Nik Aziz berkata pihaknya juga mahu memperjuangkan pendidikan buat
generasi hadapan, pilihanraya majlis, kampung, dan taman untuk menangani
salahguna kuasa dan rasuah.

"Kita juga akan melaksanakan kempen untuk membatalkan yuran
penyelenggaran bulanan pangsapuri kos rendah dan digantikan dengan cukai
pintu setahun sekali dan hidup sihat serta hijau," katanya.

- SINAR HARIAN -
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive